Petua ubat selsema batuk kanak-kanak berpanjangan

Madu Habbatus Sawda – ubat batuk dan kahak yang mujarab bagi kami sekeluarga

Panduan ini hanya boleh digunapakai sebagai rujukan sahaja. Kuasa menyembuhkan hanya di tangan Allah tetapi kita perlu berusaha. Al-maklumlah saya kira semua mungkin akan setuju kebanyakan dari kita menghantar anak ke nurseri/taska. Jadi dah jadi lumrah anak-anak pasti terdedah kepada pelbagai penyakit termasuk yang paling common selsema dan batuk.

Yang utama perlu ada tindakan pencegahan:

Makanan supplement yang sesuai bagi kanak-kanak. Cadangannya adalah campuran madu+habbatus sawda+jus kurma. Banyak produk sebegini yang banyak dipasaran. Yang terbaik adalah yang ada IMP (Islamic Manufacturing Practice) kerana amalan kualiti pembuatannya ada unsur-unsur As-Syifa.

–>>UPDATE: boleh tambah suplemen Scott Emulsion yang berwarna putih je (ori) untuk mengelakkan selsema


Tido malam pakai baju lengan panjang

Jangan guna kipas siling waktu tido tapi gunalah kipas meja

Elakkan aircon

Elakkan minuman sejuk yang baru dikeluarkan dari peti ais. Biarkan minuman tersebut hilang sejuk terlebih dahulu.

Sekiranya kanak-kanak masih mengalami selsema, jumpalah doktor untuk dapatkan nasihat. Jangan biarkan anak anda dalam keadaan tersebut berpanjangan. Jika ianya baik sendiri alhamdulillah tapi adakalanya selsema lama-lama akan menjadi batuk. Mula-mula batuk sikit, lepas tu batuk kerap, akhirnya ia akan jadi batuk non-stop dan berpanjangan. Jika dibiarkan juga, anak anda berpotensi besar untuk menghidap asma.

Oleh itu, jika berada di peringkat yang terakhir tadi perlu dapatkan rawatan pakar. Buat psioterapi untuk keluarkan kahak, suntikan antibiotik dan sedutan gas nebulizer untuk memulihkan kembali anak anda. Tanpa perhatian anda, anak anda mungkin boleh mengalami asma.

Ramai dari kita khuatir nak bawa anak jumpa pakar disebabkan bajet yang terhad. Jalan yang paling selamat anda perlu daftarkan anak dibawah insuran yang menawarkan kad perubatan/medical card. Insuran tertentu boleh cover perbelanjaan di hospital yang tertentu. Dan hanya kes-kes wad yang insuran akan cover. Walaubagaimanapun, agen insuran anda boleh menasihatkan dalam apa jua keadaan agar anda boleh menggunakan tabung insuran hingga ke tahap yang optimum agar kita boleh dapat faedah sepenuhnya dari insuran yang kita subscribe.

About these ads

6 thoughts on “Petua ubat selsema batuk kanak-kanak berpanjangan

  1. anak sering batuk sejak bulan 11. hanya 2-4 hari sahaja ok lepas tu batuk lagi..pernah masuk wad dan ada jangkitan kuman pada paru2…

  2. sebagai precaution elok ambil pneumococcal jab. takde dalam jadual wajib tapi sebagai inisiatif parents je…kalu tido malam biarlah pakai baju lengan panjang. kipas tu jangan kuat sangat. lebih elok pakai kipas mejas, slow2 je…budak2 ni batuk sbb ada kahak. kalau doktor kata kena masuk gas, buat je. elok buat masa kecik, kalu tak bila dah besar nanti asma for life. lagi susah…

  3. Anak saya dah dua tahun hanya demam beberapa kali sahaja, tapi bila umur dia cecah 3 thn, demam tak tentu pasal, hospitalized 8 hari, anti-biotic macam2 dah masuk, masuk air, blood-test beberapa kali, namun doctor tak jumpa apa punca, cuma buat masa ni , jangkitan kuman dah sampai paru2, tidur selsema nafas berbunyi, ni masih lagi di hospital, Insya-Allah esok kluar sbb demam dah reda + active sakan, batuk (croup-breathing difficulty accompanied by a “barking” cough) yg tak settle, before this pergi juga pakar ETN , feed back dari Dr, jangkitan di tekak, sbb ada kemerahan. Latest treatment another anti-biotic + ubat batuk + ubat demam (if needed). Semoga anakku sembuh-InsyaAllah

Komen di Sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s