Kenapa susah hamil – panduan untuk wanita yang mahu hamil secepat yang mungkin

Sekiranya anda membaca artikel ini sudah tentunya anda tergolong dalam wanita yang susah hamil. Jangan susah hati. Di sini saya ingin kongsikan kemungkinan beberapa sebab kepada  kenapa susah hamil. Teruskan membaca dengan teliti ya.

Saya nak cerita berkenaan satu kajian yang dijalankan oleh Eunice Kennedy Shriver dari National Institute of Child Health and Human Development. Kajiannya melibatkan sebanyak 270 pasangan yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengesan sejauh mana keupayaan setiap pasangan untuk hamil.

Cara yang di gunakan adalah merujuk kepada air liur (saliva) sebagai petunjuk untuk mengesan tahap kesuburan setiap pasangan yang diuji. Hasil dari kajian mereka telah menemukan pasangan yang susah hamil mempunyai enzyme alpha-amylase yang tinggi dalam air liur pasangan terbabit. Untuk makluman anda semua, kehadiran enzyme alpha-amylase adalah satu petunjuk yang jelas menggambarkan anda berada dalam keadaan tertekan atau stress.

Jadi melalui kajian ini dapat memberi iktibar kepada kita bahawa stress atau keadaan tertekan akan menyebabkan kita susah hamil. Mudah saja bukan? Bagi memudahkan kehamilan hindarkan diri anda dari tekanan!

Faktor kedua kenapa susah hamil agak menarik sedikit. Faktor yang saya maksudkan adalah keputihan. Untuk makluman anda, keputihan itu adalah cecair yang berbau kurang enak keluar dari faraj wanita. Jika anda ingin mendalami berkaitan keputihan lebih lanjut, anda boleh terus pergi ke google dan anda akan berjumpa dengan banyak artikel-artikel berguna. Belajarlah berkenaan penyakit keputihan agar anda lebih faham.

Bagaimana keputihan boleh membawa kepada ketidaksuburan. Hasil kajian menyatakan keputihan ini disebabkan oleh bakteria yang menjangkiti kawasan faraj. Bakteria ini kemudiannya merebak kebahagian uterus dan seterusnya pada bahagian tiub follopio. Pada ketika ini risiko berlakunya kesukaran untuk hamil adalah tinggi. Menurut American Journal Of Obstetric & Gynecology menyatakan 85% wanita di U.S. sengsara mengidap keputihan. Dan saya pasti angka peratusan tersebut pasti menyamai wanita di Malaysia yang mengidap keputihan.

Adakah anda tergolong dalam wanita yang menghidap keputihan jika ya, berjumpalah doktor segera! Jika tidak, mungkin ada penyebab lain yang menyebabkan anda susah hamil.

Untuk mengetahui faktor-faktor lain kenapa anda susah hamil, anda bolelah KLIK SINI untuk dapatkan penyelesaian kepada faktor kenapa susah hamil.

About these ads

20 thoughts on “Kenapa susah hamil – panduan untuk wanita yang mahu hamil secepat yang mungkin

  1. salam….saya sudah berkahwin hampir 8 bln tetapi masih belum ade tanda-tanda untuk hamil…saya teringin sangat ingin mengandung…mohon beri petunjuk…

  2. salam rosnani, ramai dari kita yang terlalu gundah gulana dengan apa yang mereka alami namun pada masa yang sama tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki keadaan. Mereka hanya menunggu dan mengharap tanpa ada usaha. Paling kurang setidak-tidak sepatutnya tambah lagi ilmu dengan pembacaan kerana mungkin ilmu kita masih kurang. Anda juga boleh berjumpa Dr pakar untuk mendapatkan nasihat dan seterusnya rawatan.

  3. saya sudah berkahwin selama 4 tahun tapi belum lagi di kurniakan anak.. saya terlalu sangat inginkan zuriat.. sampai bila saya mendapat tahu orang lain mengandung, saya berasa sangat sedih.. mohon semoga dapat menbantu..

  4. Mungkin stress n penat faktor utama bagi sy tok pregnant…tp adakah asthma n inhaler faktor kesukaran utk pregnant?

  5. ima, asthma dan inhaler bukan faktor utama, kita kene tahu bezakan mana faktor utama, faktor secondary atau bukan faktor sama sekali,bnyakkan membaca, jgn segan dgn ilmu, ramai dari kita selalu fikir mengandung tu otomatik. sebenarnya bayk faktor mempengaruhi kehamilan. maklumat lanjut klik sini http://bit.ly/enPloP

  6. ct

    elok jumpa pakar kesuburan, itu yg lbh baik. jgn terus menunggu2 buah yg tak jatuh. sambil jumpa pakar amalkan solat hajat berterusan.

  7. saya berumahtangga jun 2011…sehingga kini belum ada tanda2 hamil…..period regular tiap2 bulan….memandangkan saya dan pasangan ‘PJJ’, maka kami dapat berjumpa 2 bulan sekali….mohon pandangan dr pihak puan…tq

  8. salam, secara amnya anda normal. PJJ bukan satu alasan. jika anda berdua berjumpa kerapkan buat hubungan. tapi pertama sekali mohon pada Allah agar dikurniakan zuriat, sembahyang malam, sunat taubat, sunat hajat. cek posisi masa hubungan, adakah yang terbaik – jangan segan beli buku berkenaan hubungan intim. akhir sekali jika tak ada hasil cek kesuburan anda berdua dengan pakar.

  9. sya dh khwin thun ke 5 tp masih belum di kurniakan ank…thun lepas sya mengandung luar rahim dh buang sebelah kiri..apakah sya boleh mengandung lagi….

  10. Salam…
    Sy br 4 bln kwin tp blum mgdng
    haid pn tak t,atur slps kwin…buntu stres sgt2 ble suami nak anak…

Komen di Sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s