Jenis stroller yang praktikal untuk di beli

Ramai ibu-ibu yang nak beli stroller merasa keliru dengan pelbagai model yang ada di pasaran. Tambahan lagi ada pelbagai jenama yang samada dari jenama Malaysia sendiri atau jenama dari luar negara yang menawarkan pelbagai warna dan bentuk rupa menjadikan ibu-ibu kelabu mata.

Jadi stroller bagaimana yang perlu di beli? Di sini ada beberapa kriteria yang perlu di ambilkira oleh para-para ibu dan bapa:

1. Bajet poket

Ini adalah kriteria utama memandangkan stroller yang kita inginkan mestilah berada dalam bajet yang kita ada sahaja. Elakkan dari kita berangan untuk memiliki stroller yang kita tidak mampu lantas memberi tekanan kepada minda kita sendiri. Tidak perlu risau. Pasti akan ada stroller yang sesuai untuk kegunaan kita yang sesuai dengan bajet anda.

2. Jenis kereta anda

Elakkan dari membeli stroller tanpa mengambilkira jenis kereta yang anda ada melainkan anda berhasrat untuk membawa baby anda di dalam stroller dengan membawanya berjalan-jalan di keliling rumah atau di taman berhampiran rumah. Atau anda bersedia untuk membawa stroller di tempat duduk belakang kereta atau meletak stroller di atas bumbung kereta jika ianya tidak muat untuk di masukkan ke dalam but kereta.

3. Baby anda

Adakah baby anda baru lahir (newborn), beberapa bulan atau dan mencapai umur 3 tahun. Setiap peringkat bayi memerlukan spesifikasi yang berlainan. Contohnya, baby newborn memerlukan ianya untuk baring habis dan tidak duduk tegak bagi mengelakkan tulang belakangnya bengkok semasa baring. Lebih elok jika set stroller untuk newborn di sertakan dengan car seat jadi baby ada pilihan samada boleh diletak di atas stroller secara direct atau di letak di atas car seat yang terletak di atas stroller. Tambahan pula car seat ini boleh di tanggalkan dan di gunakan di dalam kereta pula. Jadi anda tidak perlu pegang baby sepanjang masa. Cukup dengan mengikat car seat dengan tali pinggang kereta akan memastikan baby anda berada dalam keadaan selamat.

4. Spesifikasi stroller

Terdapat pelbagai stroller. Antaranya ada stroller yang baring habis sesuai untuk newborn. Ada juga stroller yang hanya untuk duduk tegak atau baring tidak rata sesuai untuk toddler. Terdapat stroller yang mempunyai handle yang boleh reversible, maksudnya anda boleh set samada baby menghadap depan atau baby berhadapan dengan anda sewaktu anda menolaknya. Periksa samada anda perlukan kanopi yang boleh melindungi baby dari panas terik matahari. Stroller sebegini sesuai jika anda gemar membawa baby berjalan-jalan di taman. Jika mengikut trend pula stroller ada pelbagai jenis roda. Ada stroller roda tiga dan ada stroller roda empat. Ada stroller roda besar dan ada juga saiz roda yang kecil.

Anda perlu bertanya kepada yang tahu tentang apa yang sesuai dengan semua perkara yang telah saya sebutkan di atas. Perlukan khidmat nasihat atau anda mahu lihat contoh-contoh gambar stoller yang praktikal untuk anda buat pilihan?

Dapatkan khidmat nasihat dari pakar stroller baby.

Caranya:

1. Klik sini Stroller Baby Newborn

2. Log in

3. Like page

4. pm atau komen

Mana nak beli stroller baby brand Malaysia yang lebih murah

Anda sedang mencari stroller bajet tetapi berkualiti tinggi? Stroller buatan Malaysia tidak kurang hebatnya jika nak dibandingkan dengan stroller buatan luar negara. Harga yang tinggi banyak sebabkan hasrat kita terbantut untuk membeli stroller buat baby yang tersayang. Anda perlu ketahui bahawa stroller buatan Malaysia tidak kurang kualitinya jika anda beli yang mahal sedikit (tapi still lebih murah dari stroller buatan oversea).

Stroller ada banyak jenis:

1. Stroller single – muat untuk seorang baby. Ada pelbagai jenis stroller single seperti buggy. Ada yang fix-handle atau reversible handle.  Bagi baby newborn kita perlukan stroller yang boleh baring sebab newborn tulang belakangnya masih tidak kuat jadi wajib baring. Jadi apabila hendak membeli anda perlu khidmat nasihat yang betul agar anda dapat spesifikasi yang sesuai apatah lagi jika ini adalah kali pertama anda membeli stroller.

2. Twin stroller – khas untuk baby kembar atau boleh guna jika anda ada 2 baby yang rapat dan tidak jauh jarak kelahirannya. Terdapat pelbagai jenis twin stroller yang mana anda perlu pastikan ianya mesti sesuai dengan kereta yang anda ada. Jangan beli stroller yang besar jika kereta anda tak muat nak tampung twin stroller masa anda membawa anak berjalan di luar kawasan. Di pasaran sememangnya terdapat twin stroller yang saiznya pelbagai untuk kesesuaian pelbagai keperluan masing-masing.

Mengapa perlu beli stroller baby secara online?

1. Pelbagai pilihan dengan hanya duduk depan komputer – tidak semua kedai menjual semua jenis stroller. Anda perlu banyak buat survey dan menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk berjalan dari satu kedai ke satu kedai untuk memilih stroller yang sesuai. Dengan membeli secara online anda boleh pilih seberapa banyak kedai online dan buat pilihan sehingga anda betul-betul puashati.

2. Khidmat nasihat secara terus secara online dengan pelbagai trader – kedai yang murah tidak semestinya menjual barang tidak berkualiti dan kedai yang mahal tidak semestinya bagus. Anda harus benar-enar buat pertimbangan. Survey dan bandingkan harga, servis khidmat nasihat yang diberikan supaya anda tidak tersalah buat pilihan.

Sekiranya anda inginkan beli stroller secara online, taip sahaja di Google.com dengan perkataan berikut: stroller baby, stroller, stroller malaysia dan browse dan surf satu demi satu atau anda boleh sahaja mendapatkan tips secara terus dari pakar stroller.

Caranya:

1. Klik sini Stroller Baby Newborn

2. Log in

3. Like page

4. pm atau komen

Stroller murah baby Malaysia

Stroller yang pernah saya miliki.

Stroller yang masih maintain sampai laaaa ni.

Semua stroller yang saya beli ni masing-masing mempunyai keistimewaan dia yang tersendiri. Banyak juga pengalaman yang dilalui. 2 last stroller yang saya maintain sekarang memang special di hati. Mudah nak manouver, comfy dan portable.

Stok yang saya sedang up untuk sale …

emel strollerbabymurah@gmail.com jika berminat

Anda guna stroller ape?

Sekiranya anda perlukan bantuan untuk memilih stroller murah baby malaysia untuk baby tersayang, sila lihat di fanpage saya.

Caranya:

1. Klik  http://www.facebook.com/StrollerMurahBabyMalaysia

2. Log in ke laman tersebut.

3. Klik ‘like’ sebagai tanda join page saya.

4. Buat ‘like’/komen pada gambar model stroller kegemaran anda.

5. Buat tempahan.

Selamat mencari!