May 2007…Ku Kenang Selamanya

Setiap wanita yang berkahwin sudah pastinya menunggu saat di mana dia akan bergelar ibu…Yela, bila dah berumahtangga, tak kirala cepat atau lambat dapat baby, semua orangpun mengimpikan ada anak dan dapat develop sebuah family yang happy ever after kan.Macam tu jugala saya dulu bila dah bergelar isteri kepada suami yang sangat dicintai sepenuh hati (dari dulu sampaila sekarang,…dan selamanya..), memang tertunggu-tunggu jugala bilala agaknya aku ni nak conceive…Tengok cousins semua yang dah kahwin, wah!!cepatnyela dapat anak…apa kata orang, bunting pelamin kan…so bila tiba masa saya…dekat dua tahun jugala  ‘membujang’ berdua je dengan hubby. Puasla juga merata kl selangor punya shopping complex kami serbu nak mengisi masa lapang hujung mnggu, memang tak lepas peluang tak lekat di rumah..

Namun begitu saya bersyukur kerana baik dari pihak keluarga suami ataupun keluarga saya sendiri, tak ada la yang kind of mendesak tanyakan kami hal bila nak dapat baby ni….sekadar bertanya ada tapi tidakla sampai mengeffect emosi kami suami isteri… Ye la perkara sebegini kan rezeki dari Allah, jadi terpulangla kepada Dia untuk beri kita apa yang Dia nak.Selebihnya, kita mampu berdoa dan usahakan la apa yang terbaik kan. Berbalik semula tarikh May 2007 tu, memang memeranjatkan..saya was all alone sebab hubby outstation ke Melaka for a few days..saya pulak baru a few days registered myself in untuk further study di sebuah IPTA as part time student, tiba-tiba rasa pulak dah badan panas dan tak sedap tekak. Ingatkan sebab cuaca, ye la on off hujan panas, makan minum pulak tak menentu, maklumla kat rumah sorang hubby takda, so makan pun tak selera.. Bila dah sampai tahap nak pitam sebab rasa badan dehydrate, saya pun pergila ke sebuah clinic nak ambil ubat kononnya…Doctor kat clinic tu siap gelakkan saya sebab tak notice saya dah 7 minggu ++ pregnant!!! Memang terkejut sangat sebab tak sangka dalam effort nak menyibukkan diri occupy dengan kerja dan study, Allah makbulkan doa saya nak jadi ibu….

Alhamdulillah..Maka bermulala life saya dari situ, menyiapkan diri untuk bergelar ibu….

Komen di Sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s