Birthday

Kurang sebulan dari sekarang, Nabil aku akan menyambut birthdaynye yang ke 2 tahun..dah jadik toddler anak aku tu, bukan baby lagi, tapi dia akan sentiasa menjadi baby aku forever…yang manja, yang keletah , yang nakal kengkadang…

Pada umur 2 tahun, dia belum paham lg apa erti birthday, tapi aku dah niat dlm hati nak pupuk sikap ingat (remembering) itu dalam diri dia, untuk belajar appreciate orang2 tersayang…yang mana salah satu caranya adalah mengingati birthday, sebab ianya amatlah mudah kan..ingat birthday je..

Pada aku, sebenarnya tak perlu sangat sambut besar besaran, terpulang pada individu, sesetengah parents suka buat majlis(bagus), sesetengah suka sambut sesama keluarga je(pun bagus), sesetengah suka siapkan goodies dan hantar ke sekolah/nursery/kindergartn anak(juga bagus,bersedekah), dan ada juga yg tak kesah tak sambut pun birthday tu…

Aku ok je kalau ianya disambut secara sederhana, mungkin hantar goodies / food ke nursery tempat Nabil duk tu salah satu alternative baik, sebab tak mungkin aku berkesempatan buat majlis di rumah..yang penting ingatan tu ada..

Ingat lagi time kecik2 dulu, taip tahun aku tak penah miss dapat birthday wish dari parents dan adik bradik, even dari pakcik makcik pun…ini mcm jd culture dlm family(yang aku kira kebanyakan org pun mcm ni juga kan?)…kalau bernasib baik, dapatla duit atau token dari my abah / mum..sekurang kurangnya dorang bawak aku dan bros gi makan kat restaurant..bukan makan mewah apa pun, setakat makan di luar bersama, itupun sudah cukup menggembirakan…

Mum pulak lebih suka belikan aku menda mcm kain pasang ke, tudung murah2 ke, sebab menda2 ni aku pakai di hostel/uni .. kira mcm 2 dlm 1 la..hadiah birthday cum keperluan time study..

Even sampai sekarang pun, bila sampai time birthday aku je, sah handphone sms akan berbunyi…dapat wish daripada families…itu tanda ingatan yang aku hargai sangat2..

Dan untuk Nabil, aku harap culture semacam ini aku dapat terap dlm diri dia, setidak2nya dia akan belajar menghargai orang2 yang tersayang…

ps: Tahun ini kalau ada rezeki, aku dapat sambut birthday dgn parents dan family di kampung since aku akan berpantang selepas delivery di sana…dan , jika diizinkan Tuhan, tahun ni aku akan sambut birthday dgn 2 babies aku:Nabil dan bakal adiknya insyaallah..

Komen di Sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s