Susah hamil jadikan anda rendah diri?

Saya nak cerita sedikit mengenai kisah Puan Fatina. Kisah ini adalah kisah benar. Oleh kerana kisah inilah beliau telah lebih berazam untuk membantu wanita lain yang susah hamil. Petua-petua tersebut telah beliau kumpul untuk diri beliau dan setelah berjaya hamil, dikongsikan pula untuk kebaikan semua wanita yang memerlukan pertolongan.

Kisahnya begini…

Teringat kisah 2 tahun yang lepas…

Semasa hari raya ke 3, saya bertandang ke rumah nenek saya di Melaka.

Pada masa itu nenek membuat rumah terbuka sempena hari raya seperti kebiasaanya.

Ketika itu turut ada sepupu-sepupu saya dan juga mak ngah dan mak lang.

Selepas bersalam dengan mereka semua, tiba tiba mak ngah saya bersuara “belum ada isi
lagi ke kamu Fatina”…”hampir setahun kamu nikah yer dak?”…

Seperti terkena kejutan elektrik pada jantung saya ketika itu….saya terdiam dan hanya tersenyum pahit kepada mak angah.

Saya terus ke bilik dan bersalam dengan nenek.

Kemudian nenek terus berbisik kepada saya. kata nenek “kamu jangan ambik hati sangat dengan mak angah kamu tu…memang mulut dia macam itu sikit, bukannya kamu tak tahu”..

Saya hanya mengangguk tanda faham..

Lantas saya terus ke dapur menolong mana yang patut.

Sepanjang saya berada disitu saya hanya berdiam diri. Walaupun pelbagai topik dan ‘gosip’ yang dibualkan oleh sepupu dan saudara mara saya, saya hanya mengambil sikap endah tak endah sahaja.

Selepas selesai majlis dan orang jemputan pun mula beransur pulang, saya dan suami juga turut mahu berangkat pulang.

Ketika menurun tangga untuk ke halaman rumah, nenek sempat berpesan kepada saya…”Fatina, kamu jangan sesekali berasa rendah diri…yakin pada diri kamu dan jika kamu berasa rendah diri kamu sebenarnya menyiksa diri kamu dan kamu juga yang rugi”….ucap nenek dengan panjang lebarnya..

Sepanjang perjalanan saya termenung kata-kata nenek…memang ada benarnya juga…tiada gunanya
saya menyiksa diri saya…setiap manusia pasti ada rezeki yang telah ditetapkan..cuma kita sebagai manusia hanya perlu berusaha untuk mendapatkannya…

Begitulah kisahnya asam garam kehidupan bagi seorang wanita yang masih dalam pencarian. Adakah anda tergolong dalam kisah wanita yang susah hamil?

Buatlah sesuatu. Tidak ada yang masalah yang tidak boleh di ubati. Susah hamil bukannya satu penyakit yang kekal. Kuatkan azam untuk menempuhi hari mendatang.

Tapi sebenarnya anda ada dua pilihan – samada (1) terus dengan kedaan sekarang yang asyik menanggung penyiksaan mental dengan bersabar tak bertempat atau (2) anda pilih jalan keluar dan selesaikannya.

Tidak ada yang mustahil dengan ilmu yang cukup lebih-lebih lagi dengan petua dari orang yang mengalami fenomena susah hamil iaitu Puan Fatina sendiri.

One thought on “Susah hamil jadikan anda rendah diri?

  1. Pingback: Susah hamil: Petua Ustaz | Stroller Murah Baby Malaysia

Komen di Sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s