Faktor penyebab ovari sista (ovarian cyst)

Haritu bawa adik Iyad ke Az-Zahrah untuk injection pre-vena pnuemococcal tiba2 ada mummy yang dalam kecemasan macam kena bersalin awal sebulan. Terdengar hubby nye bagitau kaunter situ yang mummy tu ada cyst dalam rahim. Doktor pakar yang sahkan dan diminta terus bawa ke kecemasan. tentu ramai yang concern pasal ovari sista (ovarian cyst) ni kan?

Ovari sista adalah kumpulan cecair yang dikelilingi oleh dinding yang sempit didalam ovari. Ovari sista menjadi igauan buruk bagi wanita terutamnaya diwaktu subur untuk mengandungkan anak. Sementara sebahagian besar ovari sista merupakan kejadian semulajadi, sesetengahnya boleh berubah menjadi kanser.

Sebagai langkah awal untuk mendiagnosis dan merawat ovari sista dengan betul, perlu diketahui dan difahami mengapa penyakit ini boleh timbul. Apakah yang menyebabkannya?

Ovari sista boleh disebabkan oleh pelbagai faktor primer dan faktor sekunder. Tidak ada penyebab tunggal bagi ovari sista.

faktor primer ovari sista:

1. Genetik

Penyelidikan telah menunjukkan bahwa terdapat perbezaan corak genetik antara wanita yang mengalami penyakit kronik ini dan wanita yang sihat. Tapi ini bukanlah satu-satunya penyebab utama dan dengan bantuan perubahan gaya hidup ia boleh diatasi.

2. Diet yang kurang sihat

Pelbagai jenis makanan termasuk yang kaya karbohidrat, junk food makanan beracun dan makanan berasid dapat membawa ketidakseimbangan hormon dan boleh melemahkan sistem kekebalan anda membuat anda lebih mudah dihidapai ovari sista. Begitu juga makanan yang kaya gula dan rendah sayuran segar boleh mengurangkan kecekapan pembuangan toksin sehingga akan memburukkan lagi masalah ovari sista.

Oleh yang demikian banyakkan sayuran dan buah-buahan yang mengandungi antioksidan.

Anda tercari-cari cara berkesan yang boleh mengecutkan ovari sista? KLIK SINI untuk hapuskan sista ovari dari rahim anda dengan cara yang paling praktikal.

About these ads

One thought on “Faktor penyebab ovari sista (ovarian cyst)

Komen di Sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s