Petua waktu subur wanita dan kitaran haid

Selalunya petua waktu subur wanita dan kitaran haid ni penting bagi mereka yang ingin cepat hamil atau mengandung.

Tapi pernahkah anda dengar berkenaan dengan “Unexplained Infertility”? Atau dalam bahasa kita ia dikenali sebagai ketidakkesuburan yang tidak dapat dikenal pasti.

Ada satu cerita, satu pasangan telah berkahwin lebih dari 2 tahun dan mereka masih belum dikurniakan zuriat. Tetapi mereka ini mempunyai system pembiakan yang normal malah pengeluaran ovum dan sperma juga adalah normal.

Mereka juga tiada sebarang penyakit seperti plycystic ovari sindrom (PCOS) ataupun kanser servik ataupun masalah kitaran haid. Mereka normal sahaja tetapi tidak dapat hamil.

Jika anda mengalami masalah ini, doktor akan mengesyorkan kaedah IUI (intra uterine insemination). Dan ia amat memerlukan kos yang tinggi.

Tetapi bagi saya, itu adalah jalan yang terakhir. Sebenarnya ada lagi cara yang perlu anda lakukan sebelum melangkah melakukan kaedah tersebut.

Anda perlu optimumkan kesuburan anda. Kawal pemakanan, jangan stress dan sentiasa mengambil multivitamin. Walaupun perkara ini nampak temeh remeh dan macam tidak membantu, tetapi sedarkah anda bahawa dengan memakan megi sahaja anda sudah menganggu kesuburan anda.

Dalam megi terdapat kandungan perisa (dalam bentuk serbuk) yang mampu menganggu sistem pembiakkan anda.

Begitu juga dengan makanan segera yang lain seperti KFC ataupun Mcdonald. Makanan tersebut mengandungi banyak lemak yang tidak baik. Lemak ini bukan sahaja boleh ’menggemukkan’ badan tetapi ia secara tidak langsung boleh menggangu perubahan hormon pembiakkan anda.

Setiap orang mempunyai tahap kesuburan yang berbeza. Jadi sebagai langkah keselamatan, makanan-makanan segera ini perlu dijauhi. Walaupun kita tahu yang kawan kita dah makan bermacam-macam makanan segera tetapi tetap juga mengandung, tiada masalah pun. Jangan ikut mereka – kerana tahap kesuburan orang berbeza-beza. Mungkin kita lebih sensitif kepada bahan seperti itu jadi penjagaan kesuburan pun perlu kepada kawalan yang lebih ketat.

Klik sini untuk ketahui petua kesuburan wanita dan kaitannya dengan kitaran haid anda.

Komen di Sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s