Penyebab susah hamil – kenapa?

Selalu mummy nak ingatkan bagi yang masih menunggu untuk zuriat sendiri diharap semuanya dapat bersabar. Ingatlah apa yang terjadi pada kita setakat ini adalah yang terbaik yang Allah tentukan untuk kita.

Walaubagaimanapun kita terbuka untuk berusaha dijalan yang baik untuk mencapai maksud tujuan kita dengan mengamalkan petua atau dengan mengikut nasihat doktor yang pakar dalam bidang ini.

Mummy bukan apa beberapa hari lalu dok membelek-belek facebook mummy terjumpa satu komen yang amat menarik minat. Yelah kita asyik berfikir kenapa la susah sangat nak hamil dan apa dia penyebab susah hamil ni – KENAPA? Tanya kita dalam hati kan, kalau mummy letakkan diri mummy dalam diri anda semua.

OK. Biar mummy kongsikan post beliau dalam blog mummy ni:

Pengakuan dia lebih kurang begini…

Beliau dah lama mengidam untuk ada anak tapi sehingga waktu itu masih belum menunjukkan tanda-tanda. Walaubagaimanapun, beliau dah ready dengan aksesori dan kelengkapan bayi yang beliau jangka akan kunjung tiba. Itu keyakinan beliaulah. So, satu hari dia upah pekerja Indon untuk renovate rumah jadi Indon ni tadi masuk keluar rumah untuk buat kerja. Dalam pada bekerja tu Indon tadi ternampak carseat baby yang tuan rumah dah beli untuk anak yang masih belum ada lagi. Pekerja tu pun menanya lah kalau tuan rumah belum ada baby, berilah pada dia supaya dia boleh guna untuk baby dia (pekerja).

Tuan rumah ni sayang sangat kat carseat tu sebab dia memang beli khas untuk baby akan datang dia kan. Tapi dengan berat hati, dia SEDEKAH juga barang KESAYANGAN tu. Dan dalam pada tuan rumah serah pada pekerja tu dia lafaz, “nanti kalau ada baby nanti, saya belilah carseat baru”.

Begitulah cerita tuan rumah yang akhirnya dikurniakan baby.

Ceritanya nampak ringkas dan nampak kebetulan sahaja tapi jika difikirkan semula anda akan bermuhasabah dan reda dengan kehendak Allah. Rezeki anda mungkin belum tiba namun anda boleh ikhtiar dengan cara yang lain yang dibolehkan.

Anda tentu faham maksud mummy kan.

Kesimpulannya, kadangkala kita perlu korbankan perkara yang kita paling sayang bagi memudahkan kita untuk mendapat suatu perkara yang kita idamkan.

Satu lagi pengajaran yang semua orang tahu, Nabi Ibrahim a.s. mendapat anak semasa beliau sudah tua. Betahun-tahun lamanya beliau berdoa agar dikurniakan seorang anak dan lahirnya lahirlah Nabi Ismail a.s. Sayangnya Nabi Ibrahim a.s. kepada Nabi Ismail a.s. adalah tak terhingga kerana dahla bertahun-tahun berdoa dikala tua barulah dikurniakan seorang anak jadi kita bolah faham macammana sayangnya beliau kepada anaknya.

Tapi sayangnya itu diuji. Beliau bermimpi agar beliau menyembelih anaknya atas perintah Allah s.w.t. Beliau sepatutnya ingat kepada Allah s.w.t lebih dari beliau menyayangi anaknya sendiri. Ini satu lagi bentuk pengorbanan tahap tertinggi yang manusia lain mungkin tak dapat lakukan.

Kemungkinan aja sesetengah manusia tidak dikurniakan anak kerana memerlukan tahap pengorbanan yang berebeza-beza dari seorang manusia ke seorang yang lain.

Wallahua’lam.

Kenapa Susah Hamil

One thought on “Penyebab susah hamil – kenapa?

Komen di Sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s