Saie – apa pengajaran di sebaliknya?

Mummy memang suka dengar radio IKIM. Terutamanya slot motivasi dia, memang best. So, baru baru ni sebab sekarang ni kan musim haji so ada motivasi haritu terangkan sikit menyentuh bab haji. Kalau nak ikut, setiap step dalam haji tu ada hikmah dan barakahnya. Tapi seingat mummy saie ni yang pada mummy memang agak pelik tapi benar gitu.

Dan sebagai menyahut seruan, “Sampaikanlah walau sepotong ayat” disini mummy nak kongsikan bersama apa yang ustaz di radio IKIM sampaikan sewaktu slot motivasi tersebut.

Saie ni merupakan perjalanan pergi dan balik dari Safa dan Marwah oleh Siti Hajar bersama anaknya Nabi Ismail a.s. Bayangkan Nabi Ibrahim a.s. telah diperintahkan oleh Allah s.w.t agar keluar menemui umatnya untuk berdakwah maka tinggallah Siti Hajar keseorangan redha dengan ketentuan Allah s.w.t.

Sewaku Nabi Ismail a.s. yang masih kecil menangis kerana kehausan maka kelam kabutlah Siti Hajar dan kebingungan kerana nak minta pertolongan suami pun tidak boleh. Gurun manalah ada air boleh dicari tetapi perlu berusaha sikit bukan main korek tanah je keluar air kan. Jadi berlarilah Siti Hajar sepanjang Safa dan Marwah mana tahu dalam perjalanan tu terjumpa sumber air macam oasis tu.

Jika ikut logiknya kita manusia bila tak jumpa maka kita akan berhenti mencari atau tukar tempat lain untuk mencari air. Tetapi tidak bagi Siti hajar. Beliau terus menerus berlari dalam jalan yang sama ke hulu dan hilir walaupun diketahui sudah tak jumpa sumber air pun.

Disini ditafsirkan yang Siti Hajar sebenarnya menunggu pertolongan dari Allah semata-mata. Tawakal semata kepada Allah sebab jika beliau hanya melihat kepada asbab (sumber air) yang tidak ada, dah lama beliau putus asa dan berhenti dari mencari air. Tetapi beliau sebenarnya berulang alik sebagai usaha, dan pada masa yang sama mengharap pertolongan dari Allah s.w.t.

Sehinggalah tanpa putus asa berusaha dan bertawakal akhirnya barulah muncul sumber air dari tempat yang sama yang asalnya langsung takde air. Dan air tadi muncul bukan hasil dari Siti Hajar namun dari kaki Nabi Ismail a.s. yang menendang2 pasir gurun tadi maka memancutlah air. Inilah yang dikatakan kejadian mustajab dan terhasil secara tidak disangka sangka. Macam tak masuk akal tapi itulah kuasa Allah s.w.t.

Kesimpulan yang mummy nak tekankan kat sini dan nak kongsikan ialah rahmat Allah s.w.t itu sangat ganjil bagi mereka yang beriman dan bertwakal sepenuhnya pada Allah s.w.t. Ia kadangkala tak dapat dijangkau oleh pemikiran secara logik. Jika Allah menghendaki ia akan terjadi.

Wallahu’alam.

Komen di Sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s