MyQalam

Saya masih teringat kisah Prof Kamil (penulis buku Travelog Haji) yang masih tidak tahu membaca Al-Quran walaupun telah bergelar Prof. Tujuan saya bukan untuk menyebarkan keaiban beliau bahkan beliau sendiri telah menulis kisah ini dalam buku-bukunya bagi tujuan kesedaran kepada muslimin dan muslimat.

Kisahnya telah didengari oleh Allah melalui doanya lantas beliau didatangi oleh seorang Hafiz yang sedang mencari peluang pekerjaan lalu minta diajarkan bacaan Al-Quran sehinggalah beliau berjaya khatam di Mekah sewaktu menunaikan Haji.

Sehingga setakat ini Prof Kamil sedang menetap di Madinah kerana mendapat peluang mengajar di salah sebuah universiti di Madinah dan pada masa yang sama mendapat peluang selalu mendatangi Masjid Nabawi malah rumah beliau berada di Jabal Uhud! Subhanallah!

Itulah semangat yang ditunjukkan oleh seorang insan yang ingin sangat berubah, berdoa banyak-banyak dan disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh insyaAllah akan dibantu olehNya.

Sebahagian dari kita mungkin boleh mencontohi sikap beliau. Khasnya bagi mereka yang masih mencari-cari peluang untuk mempelajari Al-Quran di peringkat usia yang sudah matang anda tidak seharusnya malu dan takut untuk belajar. Tidak ada istilah sudah terlambat atau sudah tidak ada peluang. Prof Kamil mungkin bernasib baik kerana mendapat pertolongan seorang Hafiz. Jika mampu anda carilah seorang Hafiz namun jika tidak anda boleh mendapatkan MyQalam Quran.

Apa itu MyQalam Quran?

MyQalam Quran adalah naskah Al-Quran yang dilengkapi naskah Al-Quran dan pen digital yang boleh membaca sendiri. Pen ini jika anda lalukan di naskah Al-Quran tersebut akan mengeluarkan bunyi bacaan mengikut apa yang tertulis pada Al-Quran. Oleh yang demikian anda boleh mengenal huruf jawi dan pada masa yang sama mengetahui cara bacaan Al-Quran tersebut dan termasuk tajwidnya.

Sungguh kita dizaman teknologi yang canggih ini sangat bertuah kerana teknologi seperti ini banyak meluas digunakan untuk tujuan dijalan Allah.

Adakah anda rasa teruja nak belajar membaca Al-Quran? Sudah tentu bukan?

Dapatkan maklumat lebih jelas tentang MyQalam Quran disini.

Like FB MyQalam di sini ~ http://www.facebook.com/EasyAlQuranDigital

Komen di Sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s