Homestay Melaka Murah Dekat Muzium Kapal Selam Melaka

Oleh: Nadine Farha (Penulis Jemputan)

Dah merancang untuk cuti sekolah dan merancang program keluarga dan anak-anak? Cuti di Melaka adalah salah satu option yang menarik. Tak tahu mana nak dapat homestay di Melaka yang murah dan apa yang menarik nak dilawati?

Aquatiqa Melaka Homestay adalah agak murah sangat strategik bagi mereka yang berminat melawati Muzium Kapal Selam. Tidak dinafikan ia menjadi tarikan terbaru bagi pelancong dalam dan luar negara.

Salah satu destinasi perlancongan terbaru yang terdapat di Melaka Bandaraya Bersejarah ialah Muzium Kapal Selam, di’damparkan’ di perairan pantai Klebang. Dengan tempoh perjalanan tidak sampai 10 minit dari Aquatiqa Melaka Homestay, pengunjung berpeluang meneroka isi dalam Kapal Selam bersejarah itu.

Selain mengambil gambar kenangan dengan sudut yang menarik binaan kapal, peluang tidak harus dilepaskan untuk melihat sendiri peralatan dan jentera yang terkandung di dalamnya. Teknologi yang digunakan sungguh mengagumkan bagaikan mendahului zaman. Kapal Selam yang pernah digunakan ketika zaman perang Perancis masih kelihatan kekal asli dan kukuh bagaikan baru lagi.

Satu lagi daya tarikan cuti cuti di Melaka, Malaysia ialah anda boleh alami pengalaman luar biasa – Bas Di Atas Laut!

Amphibia Boat, transform & dive in! Suatu yang barangkali tidak pernah kita fikirkan ialah menaiki bas lalu masuk ke laut! Ya, itu tidak mustahil dengan adanya Bot Amfibia, khas untuk pelancong yang datang ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Tempoh perjalanan dari Aquatiqa Melaka Homestay ke Stesen Bot Amfibia hanyalah dalam sekitar 8 minit sahaja.

Menurut sejarah, Bot Amfibia sebenarnya diubahsuai dari kapal angkut yang digunakan ketika peperangan saudara Amerika Syarikat. Kapal angkut yang membawa kumpulan tentera berupaya meneruskan perjalanan di jalan darat. Kini kapal-kapal angkut tersebut dibeli oleh badan-badang perlancongan seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Penumpang Bot Amfibia akan dibawa ke sekitar bandar Melaka. Pengalaman yang menakjubkan apabila tiba saat bot masuk di laut selat Melaka membolehkan pelancong menikmati keindahan persisiran pantai Melaka. Anda tidak harus melepaskan pengalaman melancong yang sungguh unik ini.

Convinient juga kalau ada homestay yang dekat dengan tempat tempat bersejarah untuk dilawati macam Aquatiqa Melaka Homestay ni.

Menarik. Jom cuti cuti di Melaka, Malaysia. Belum ada tempat tinggal?

1. Layari http://www.facebook.com/AquatiqaMelakaHomestay

2.’ like’ jika ianya menarik dan strategik

3. tempah awal sebelum booking penuh

4. share dengan kawan/saudara yang plan nak cuti di Melaka

Komen di Sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s