Hiasan dalaman rumah – warna boleh meluaskan bilik dan ruang kediaman

Kali ini saya ingin berkongsikan tips tentang warna.
Betul kah warna boleh menjadikan ruang bilik kita menjadi luas?

Boleh!.. jika anda gunakan tip dibawah,

Warna putih memang menampakkan bilik anda luas, tapi agak membosankan jika anda tidak suka warna putih.

Caranya tukar warna pastel (warna seperti crayon pastel). Warna ini kelihat lembut dan pucat.

Jika anda mempunyai siling yang rendah dan ingin menjadikan siling tinggi, Apartment Therapy mencadangkan siling diwarnakan dengan cat kemasan high-gloss atau semi-gloss yang memberikan kesan refleksi kilauan.

Ilusi warna yang boleh menjadikan bilik nampak luas dengan mewarnakan dinding dengan corak jalur garisan menegak (bilik nampak tinggi) atau cat corak jalur melintang (bilik nampak lebar).

Warna gelap seperti hitam, ungu atau coklat boleh menjadikan bilik anda terasa kecil seperti berada dalam gua. Jika anda suka warna gelap, gunakan pada aksesori hiasan seperti warna kushion, pasu , lukisan, karpet, sarung katil dan langsir atau jadikannya sebagai feature wall.

Warna hanyalah satu teknik sahaja untuk menjadikan kediaman sempit kita menjadi luas.

Sekiranya anda perlukan bantuan dan panduan untuk melihat contoh hiasan dalaman ringkas sila rujuk di fanpage Hiasan Dalaman Rumah Ringkas.

Caranya:

1. Klik  Hiasan Dalaman Rumah Ringkas

2. Log in ke laman tersebut.

3. Klik ‘like’ sebagai tanda join page untuk lihat contoh gambar hiasan dalaman.

Fanpage akan diupdate dari masa ke semasa in shaa Allah.

Komen di Sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s