Hiasan dalaman yang simple untuk kediaman kecil

pakar hiasan dalamanSebelum kita mula dekorasi, anda perlu tahu apa yang anda inginkan sebenar-benarnya. Bagi mengelak sebarang kesilapan dan kerugian apabila dekorasi anda tidak menjadi, anda perlukan ‘perancangan’. Anda perlu ketahui perkara-perkara asas dalam hiasan dalaman rumah.

Perancangan yang anda perlukan ialah:

Tentukan tema – Lakukannya dengan membeli beberapa majalah dan lihat tema yang kita minat. Jangan biarkan hiasan dalaman rumah anda mengambil tema ‘rojak’ sebagai asas dekorasi :).

Tentukan bajet dekorasi – Buat survey harga barangan samada ianya bertepatan dengan poket anda.

Tentukan perabot dan aksesori yang dipilih – Padankan ruang rumah anda dengan perabot impian yang ingin dimiliki.

Tentukan susun atur barang hiasan anda – Tanya diri anda adakah anda seorang minimalisma atau sofistikated. Keseimbangan dan keharmonian dalam hiasan adalah penting supaya sedap mata memandang tidak kira dari sudut pandangan anda ataupun tetamu.

Akhir sekali tentukan apa yang anda hendak sebenarnya – Justifikasi untuk anda agar tidak meyesal kemudian hari. Apa yang anda rasa tidak kena dengan hiasan rumah anda sekarang?

Ini adalah tips mindset anda sebelum bermula agar nanti projek anda berjalan dengan sukses.

Mahu lebih banyak tips dari Alam Anuar si pakar hiasan dalaman.? Banyak lagi idea bagi setiap ruang tamu, ruang makan, ruang dapur, bilik tidur, bilik air, ruang kerja dan juga ruang luar macam balkoni akan dikongsikan.

Ingin mendapat gambaran lebih jelas dan idea awal untuk mula menghiasi kediaman?

Sekiranya anda perlukan bantuan dan panduan untuk melihat contoh hiasan dalaman ringkas sila rujuk di fanpage Hiasan Dalaman Rumah Ringkas.

Caranya:

1. Klik  Hiasan Dalaman Rumah Ringkas

2. Log in ke laman tersebut.

3. Klik ‘like’ sebagai tanda join page untuk lihat contoh gambar hiasan dalaman.

Fanpage akan diupdate dari masa ke semasa in shaa Allah.

Idea hiasan dalaman rumah yang simple, cantik, ringkas dan bajet rendah

Perasan tak kekadang bila kita balik rumah habis keje rimas tengok rumah sendiri. Takde idea hiasan dalaman rumah langsung. Ye la hari hari keje balik, keje balik pastu keje pastu balik sampai tak ada masa langsung untuk di dedikasikan pada rumah sendiri. Tak macam gambar ruang tamu kat atas ni. Best nyaaa….kan.

Lagi satu yang membantutkan kita nak menghias rumah ialah bajet. Tapi sebenarnya dengan bajet yang minima pun, ia mampu memberikan impak yang maksima pada dekorasi rumah kita. Memanglah  kalau kita tengok tv tu semuanya di sponsor Eric Leong abis sume satu rumah barang baru kita pun tau kosnya berapa kan. Mestila cantik.

Selalunya kita berfikir… kalau nak rumah cantik, perabot dan barang – barangnya mestilah mahal-mahal, barulah ada klas. Tapi cuba try surf internet, ia pasti la boleh merubah minda dan pandangan kita. Benda-benda murah, kalau kena cara dekorasinya sebenarnya ianya mampu memberikan kesan dan persepsi yang berbeza. Cuma kena la tau caranya. Antaranya adalah dengan teknik ‘mix-match’, susun atur semula perabut serta barang hiasan sedia ada dan penggunaan barang-barang terpakai sangat menjimatkan sekaligus dapat mendekorasi ruang secara kreatif walaupun dengan bajet terhad.

Bagi mereka yang langsung tiada pengetahuan asas di dalam seni dekorasi kediaman, mesti buntu idea nak mula. Asyik-asyik tunggu hujung bulan gaji masuk dan terus nak shopping kat IKEA. Betul tak? Boleh juga tapi tak semestinya beli yang mahal-mahal nak nampak cantik.

Lagi satu, pernah tak dengar pasal ‘ feature wall’ tetapi tidak tahu bagaimana hendak menentukan dinding yang sesuai?

Jadi jika nak tahu pasal ‘feature wall’ dan lain-lain tips hebat membuka minda dan hasilkan idea hiasan dalaman rumah anda sendiri, anda bolehlah dapatkan tips hiasan dalaman rumah yang ringkas dengan KLIK SINI.