5 Tips Hiasan Dalaman Bagaimana Menghiasi Kediaman yang Kecil

Saya ingin kongsikan 5 tips yang boleh anda gunakan untuk menghias kediaman
yang kecil agar nampak lebih luas dan menarik.

1-Ruang Terbuka

Jadikan ruang kediaman lebih terbuka, iaitu tiada yang menghalang mata anda
dari kiri ke kanan atau depan ke belakang. Jangan letakkan  perabot atau hiasan yang tinggi
di tengah-tengah ruang, ini menghalang pemandangan keseluruhan ruang.

Sama juga dengan penggunaan fabrik langsir, pilih langsir sheer yang membenarkan
sebahagian cahaya matahari memasuki kediaman anda.

2-Cat Melintang atau Menengak

Cat amat membantu memberikan kesan perubahan yang drastik dalam ruang kediaman.
Untuk memberikan kesan ilusi luas, cat garisan jalur secara melintang (ilusi ruang nampak lebar)
atau cat garisan jalur secara menegak (ilusi ruang nampak tinggi) dengan penggunaan 2,3 warna cat.

3-Sorokan Perkara Yang Tidak Ingin Dilihat

Jika anda mempunyai 2 atau 3 biji rak untuk buku, koleksi barang, fail yang ingin disorokkan
daripada pandangan mata tetamu. Anda boleh menutupinya dengan kain langsir yang bercorak
atau bewarna polos sahaja. Supaya ia nampak bersatu dengan dekorasi keseluruhan.

4-Berkilat dan Berkaca

Perabot seperti meja atau aksesori seperti pasu yang mempunyai kemasan berkilat
(stainless steel atau cermin) amat membantu ilusi meluaskan bilik kerana pantulan cahayanya.

5-Panduan Dekorasi Bajet

Dirasakan 4 idea tadi tidak cukup? Ingin memiliki lebih banyak idea,tip dan teknik
menghiasi untuk kediaman anda ?

Sekiranya anda perlukan bantuan dan panduan untuk melihat contoh hiasan dalaman ringkas sila rujuk di fanpage Hiasan Dalaman Rumah Ringkas.

Caranya:

1. Klik  Hiasan Dalaman Rumah Ringkas

2. Log in ke laman tersebut.

3. Klik ‘like’ sebagai tanda join page untuk lihat contoh gambar hiasan dalaman.

Fanpage akan diupdate dari masa ke semasa in shaa Allah.

Hiasan dalaman bilik kecil menjadi besar kerana perabot dan aksesori dekorasi

3 cara mudah menjadikan ruang bilik kita menjadi besar kerana perabot dan aksesori dekorasi.

Saya kongsikan caranya iaitu:

  1. Teknik masuk, pilih dan buang

Maksudnya, jika anda membawa  barangan masuk ke dalam kediaman anda contohnya
membeli kelengkapan dapur yang baru . Pilih barangan dapur lama yang perlu dibuang atau didermakan.
Supaya ruang dapur anda tidak menjadi stor kerana kesesakkan barang! Buy 1 out 1.

  1. Kurang itu lebih

Bilik yang kecil perlukan perabot atau barang hiasan yang minima.
Kesilapan pemilik-pemilik rumah kediaman kecil, mereka gemar membeli barang yang kecil tetapi banyak.
Ini menyebabkan bilik menjadi sempit dan kemalangan pasti akan berlaku.

  1. Cermin itu ilusi

Cermin merupakan satu cara mudah  kesukaan pemilik-pemilik kediaman untuk menjadikan
bilik atau ruang itu menjadi luas kerana pantulannya.

Belilah perabot dan aksesori dekorasi yang penting sahaja, ini kerana setiap inci ruang kediaman anda amat bernilai

Sekiranya anda perlukan bantuan dan panduan untuk melihat contoh hiasan dalaman ringkas sila rujuk di fanpage Hiasan Dalaman Rumah Ringkas.

Caranya:

1. Klik  Hiasan Dalaman Rumah Ringkas

2. Log in ke laman tersebut.

3. Klik ‘like’ sebagai tanda join page untuk lihat contoh gambar hiasan dalaman.

Fanpage akan diupdate dari masa ke semasa in shaa Allah.

Hiasan dalaman yang simple untuk kediaman kecil

pakar hiasan dalamanSebelum kita mula dekorasi, anda perlu tahu apa yang anda inginkan sebenar-benarnya. Bagi mengelak sebarang kesilapan dan kerugian apabila dekorasi anda tidak menjadi, anda perlukan ‘perancangan’. Anda perlu ketahui perkara-perkara asas dalam hiasan dalaman rumah.

Perancangan yang anda perlukan ialah:

Tentukan tema – Lakukannya dengan membeli beberapa majalah dan lihat tema yang kita minat. Jangan biarkan hiasan dalaman rumah anda mengambil tema ‘rojak’ sebagai asas dekorasi :).

Tentukan bajet dekorasi – Buat survey harga barangan samada ianya bertepatan dengan poket anda.

Tentukan perabot dan aksesori yang dipilih – Padankan ruang rumah anda dengan perabot impian yang ingin dimiliki.

Tentukan susun atur barang hiasan anda – Tanya diri anda adakah anda seorang minimalisma atau sofistikated. Keseimbangan dan keharmonian dalam hiasan adalah penting supaya sedap mata memandang tidak kira dari sudut pandangan anda ataupun tetamu.

Akhir sekali tentukan apa yang anda hendak sebenarnya – Justifikasi untuk anda agar tidak meyesal kemudian hari. Apa yang anda rasa tidak kena dengan hiasan rumah anda sekarang?

Ini adalah tips mindset anda sebelum bermula agar nanti projek anda berjalan dengan sukses.

Mahu lebih banyak tips dari Alam Anuar si pakar hiasan dalaman.? Banyak lagi idea bagi setiap ruang tamu, ruang makan, ruang dapur, bilik tidur, bilik air, ruang kerja dan juga ruang luar macam balkoni akan dikongsikan.

Ingin mendapat gambaran lebih jelas dan idea awal untuk mula menghiasi kediaman?

Sekiranya anda perlukan bantuan dan panduan untuk melihat contoh hiasan dalaman ringkas sila rujuk di fanpage Hiasan Dalaman Rumah Ringkas.

Caranya:

1. Klik  Hiasan Dalaman Rumah Ringkas

2. Log in ke laman tersebut.

3. Klik ‘like’ sebagai tanda join page untuk lihat contoh gambar hiasan dalaman.

Fanpage akan diupdate dari masa ke semasa in shaa Allah.