Saya ingin kongsikan 5 tips yang boleh anda gunakan untuk menghias kediaman
yang kecil agar nampak lebih luas dan menarik.
1-Ruang Terbuka
Jadikan ruang kediaman lebih terbuka, iaitu tiada yang menghalang mata anda
dari kiri ke kanan atau depan ke belakang. Jangan letakkan perabot atau hiasan yang tinggi
di tengah-tengah ruang, ini menghalang pemandangan keseluruhan ruang.
Sama juga dengan penggunaan fabrik langsir, pilih langsir sheer yang membenarkan
sebahagian cahaya matahari memasuki kediaman anda.
2-Cat Melintang atau Menengak
Cat amat membantu memberikan kesan perubahan yang drastik dalam ruang kediaman.
Untuk memberikan kesan ilusi luas, cat garisan jalur secara melintang (ilusi ruang nampak lebar)
atau cat garisan jalur secara menegak (ilusi ruang nampak tinggi) dengan penggunaan 2,3 warna cat.
3-Sorokan Perkara Yang Tidak Ingin Dilihat
Jika anda mempunyai 2 atau 3 biji rak untuk buku, koleksi barang, fail yang ingin disorokkan
daripada pandangan mata tetamu. Anda boleh menutupinya dengan kain langsir yang bercorak
atau bewarna polos sahaja. Supaya ia nampak bersatu dengan dekorasi keseluruhan.
4-Berkilat dan Berkaca
Perabot seperti meja atau aksesori seperti pasu yang mempunyai kemasan berkilat
(stainless steel atau cermin) amat membantu ilusi meluaskan bilik kerana pantulan cahayanya.
5-Panduan Dekorasi Bajet
Dirasakan 4 idea tadi tidak cukup? Ingin memiliki lebih banyak idea,tip dan teknik
menghiasi untuk kediaman anda ?
Sekiranya anda perlukan bantuan dan panduan untuk melihat contoh hiasan dalaman ringkas sila rujuk di fanpage Hiasan Dalaman Rumah Ringkas.
Caranya:
1. Klik Hiasan Dalaman Rumah Ringkas
2. Log in ke laman tersebut.
3. Klik ‘like’ sebagai tanda join page untuk lihat contoh gambar hiasan dalaman.
Fanpage akan diupdate dari masa ke semasa in shaa Allah.