Hiasan dalaman yang simple untuk kediaman kecil

pakar hiasan dalamanSebelum kita mula dekorasi, anda perlu tahu apa yang anda inginkan sebenar-benarnya. Bagi mengelak sebarang kesilapan dan kerugian apabila dekorasi anda tidak menjadi, anda perlukan ‘perancangan’. Anda perlu ketahui perkara-perkara asas dalam hiasan dalaman rumah.

Perancangan yang anda perlukan ialah:

Tentukan tema – Lakukannya dengan membeli beberapa majalah dan lihat tema yang kita minat. Jangan biarkan hiasan dalaman rumah anda mengambil tema ‘rojak’ sebagai asas dekorasi :).

Tentukan bajet dekorasi – Buat survey harga barangan samada ianya bertepatan dengan poket anda.

Tentukan perabot dan aksesori yang dipilih – Padankan ruang rumah anda dengan perabot impian yang ingin dimiliki.

Tentukan susun atur barang hiasan anda – Tanya diri anda adakah anda seorang minimalisma atau sofistikated. Keseimbangan dan keharmonian dalam hiasan adalah penting supaya sedap mata memandang tidak kira dari sudut pandangan anda ataupun tetamu.

Akhir sekali tentukan apa yang anda hendak sebenarnya – Justifikasi untuk anda agar tidak meyesal kemudian hari. Apa yang anda rasa tidak kena dengan hiasan rumah anda sekarang?

Ini adalah tips mindset anda sebelum bermula agar nanti projek anda berjalan dengan sukses.

Mahu lebih banyak tips dari Alam Anuar si pakar hiasan dalaman.? Banyak lagi idea bagi setiap ruang tamu, ruang makan, ruang dapur, bilik tidur, bilik air, ruang kerja dan juga ruang luar macam balkoni akan dikongsikan.

Ingin mendapat gambaran lebih jelas dan idea awal untuk mula menghiasi kediaman?

Sekiranya anda perlukan bantuan dan panduan untuk melihat contoh hiasan dalaman ringkas sila rujuk di fanpage Hiasan Dalaman Rumah Ringkas.

Caranya:

1. Klik  Hiasan Dalaman Rumah Ringkas

2. Log in ke laman tersebut.

3. Klik ‘like’ sebagai tanda join page untuk lihat contoh gambar hiasan dalaman.

Fanpage akan diupdate dari masa ke semasa in shaa Allah.

Merah Putih Aku Suka

Kabinet dapuir merah putih ni aku suka…sebiji mcm kat umah tapi design kat umah aku basic simple je la U – SHAPE typed atas bawah…kalau dapat adjust penuhkan mcm ni bestnye..tapi ongkos belum cukup….ntah bila dapat ntahla…cuma aku kurang bekenan tang tanam dapur / oven dalam kabinet sebab renyah nak tolak kuar masuk…

ni ihsan credit dari SENIHIAS.COM..lawa dorang buat…mesti mahal tp menda cantik sahle mahal selalunya kan…

dianye table top solid surface…mahal oo..aku guna granite je tp senang tak mudah nampak kotor

ruang letak oven/mwave /refrige yg praktikal tapi aku tak baper suka..tapi ni lawa juga,kemas je nampak

sama gak tapi ni rumah lain..built in system jugak..kemas…erm..geram je nak adjust tang refrigerator kat umah tapi mana nak taruk dia pastu..takde ruang dah

lawa kan???so sesapa nak renovate dapo ke, nak masuk umah ke, nak pasang KC ke, silala tengok sendiri sample kat blog dia ni…aku promote sebab lawa tau..bukan sebb dapat komisen…hehe

Nak Tips Percuma Idea Dekorasi Rumah? — KLIK SINI